dianafadilla

dianafadilla
mama 3D

Thursday, June 16, 2011

BIO PARK NAGASAKI

Salam..
Dah lama rasanye tak berblog ni.. dek kerana terpaksa pulang ke tanah air kesan daripada bencana Earthquake & Tsunami.. apa boleh buat demi keselamatan sekeluarga.. itu yang paling utama... sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan pasti ada hikmah disebaliknya..
 
Hari tu sebelum kami meninggalkan seketika bumi sakura sempat lah kami sekeluarga berjalan-jalan dalam bulan Mac ke Bio Park Nagasaki.. Pada mama Bio Park ni memang best sangat kerana Bio Park ni adalah sebuah taman haiwan yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dan mengamati keharmonian alam secara hands-on experience.

Bio Park Nagasaki Mac 2011


Di Bio Park, selain daripada kita berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis haiwan terdapat juga kawasan dimana kita boleh bermain dengan haiwan dan memberi makanan termasuk lah lemur, squirrel monkeys, capybaras dan hippos.


Masuk je Bio Park ni mula sekali kita dapat lihat Pond of  "Totora".  Tontora ni menginap kat pondok di kawasan tasik tu.. kalau nak bagi makanan pun.. baling je kat tepi-tepi pondok dia..pandai lah dia nak amik makanan tu..


 
Daripada tasik kita dapat lihat tangga yang tinggi iaitu "Incan pile of stones and Hill of Espacio". 
Ni la tangga nye...

Flower Dome pulak terletak di atas bukit, so untuk naik ke atas kita boleh pilih nak panjat tangga tadi atau nak menyusuri lereng bukit. Kitaorang yang ada stroller ni tak kan lah nak panjat bukit guna tangga tak sesuai gitu. Berpeluh gak la nak panjat lereng bukit tu... sampai kat atas kena la duduk sekejap minum air untuk hilangkan penat.. pancittttt...
On the way to Flower Dome pas berehat minum air..

Di Flower Dome, kita dapat lihat tropical butterflies disamping bunga-bunga yang sungguh cantik di sepanjang musim.. orkid yang sungguh cantik  dan bermacam-macam jenis plak tu (terasa cam kat Malaysia plak)..

Abang anish n kak nia di hadapan pintu masuk Flower Dome..
Cantik kan bunga orkid kat sini ada macam-macam jenis.. gerammm
Mama n Darwish amik gambar ngan orkid putih..
Kak nia tak nak plak amik gambar..
Ensem bucuk mama amik gambar solo.. Awish comey

  Selepas nengok bunga-bungaan.. kita boleh la bawak anak-anak melawat insectarium.. boys memang suka sangat la tempat camni.. di mana kita melihat dengan lebih dekat pelbagai spesis serangga yang jarang dilihat daripada koleksi seluruh dunia.
Ni je gambar yang sempat amik yang lain amik dalam minda je..

 Selain tu kepada penggemar kaktus boleh la cuci mata kat Cactus Rock Garden di mana terdapat pelbagai jenis kaktus yang tumbuh di sekitar cerun dinding batu.
Mana gambar kaktus nya.. tak amik pun sebab tak minat sangat.. he he

Di Amazon Dome, tarikan disini adalah ikan tropika yang sungguh besar. Rupanya tidak ada photo yang diambil disini jadi tak boleh la nak upload.. kuang kuang...

Perjalanan kami diteruskan hingga la ke "Soushi" falls.. sepatutnya di sini kami dapat melihat penguin yang cute miut dan flamingo tapi disebabkan bird flu.. semua haiwan berkenaan dikuarantin.. kuang kuang lagi sekali...

Berjalan dan berjalan lagi.. kat sini memang kena banyak berjalan sebab mukabumi dia pun berbukit-bukit tapi pemandangan dia memang cantik.. seterusnya sampai lah pula ke Andes square and Rocky mountain of Ilama.
Kesian Ilama ni.. kesunyian kat atas bukit tu..



Hill of kangaroos and woods of squirrel monkeys.. kat sini kitaorang lepak lama sikit sebab budak-budak ni syok sangat bagi kangaroo makan.. kangaroo ni pun kurang aktif cam dah makan ubat kasi lali sikit.. 

Abang anish menunjukkan bakatnya yang terpendam iaitu berborak ngan kangaroo

Giliran kitaorang plak bermesra ngan kangaroo..

Mr Ayah pun nak la tumpang sekaki bergambar ngan kangaroo..
Comey kan squirrel monkey ni.. kecik cam squirrel

Pond of hippos.. kat sini mesti lah nak nengok hippos kan.. nak bagi makan tapi kobis yang dijual dah sold out.. so nengok je la...


Hati-hati abang anish kang tak dapat makan kobis abang anish plak yang kena makan ngan hippo..


Gambar yang diambil dari atas bukit.. kat situ tempat untuk bermesra ngan animals.. cam goats and dogs

Ni memang tak sangka toi.. ingat kan dah kat Malaysia rupa-rupanya ada pondok pasai animals kat Malaysia.. hebat toi rasanya.. bangga jadi rakyat Malaysia..

Malaysia boleh!!!

Yang ni lagi hebat.. giant frog yang kami jumpa


Ni pun kesian.. rhino yang kesunyian kerana aweknya dah balik Africa

Gambar kenangan sekeluarga dalam Flower Dome..

Acara wajib sebelum balik.. bergambar di pintu masuk Bio Park Nagasaki.. SAYONARA