dianafadilla

dianafadilla
mama 3D

Tuesday, October 4, 2011

DisneySea 2011

To Tokyo DisneySea... huuuyeaaaaaa..
1st October 2011.. seawal 6am kitaorang bergerak ke Nagasaki Airport yang terletak di Omura untuk flight ke Haneda Airport 8am.. semuanya berjalan lancar walaupun Darwish mandi dalam tidur.. Dania dan Danish bersemangat walaupun mengantuk.. berbekalkan sandwish sardin, ayam goreng kfc dan nasi lemak kami memulakan perjalanan.. Setibanya di Haneda Airport.. kitaorang terus ambil bas direct ke DisneySea...

Setibanya di DisneySea..
Punya la terkejut.. tak sangka ramainya orang yang turut berada di DisneySea.. rasanya cam berjuta orang.. ishh ishh mula lah dok pikir macam mana la kitaorang nak main nih.. mau berjam2 menunggu... nak main menunggu.. nak bergambar menunggu.. nak beli air pun kena menunggu.. 

Setibanya di DisneySea kami disambut dengan persembahan "Be Magical".. punya la ramai nak tengok pun payah.. dania n danish la paling kesian.. nak menyelit pun orang tak bagi.. punya la selfish orang jepun yang bahagian depan tu.. dah nampak budak2 terkinja-kinja nak nengok show.. sikit pun tak nak bergerak untuk bagi ruang.. diaorang tengok lah celah2 kaki je.. kesian sangat..
Be Magical show..

Di DisneySea.. attraction yang ada di sini adalah mengikut kategori iaitu Mediterranean Harbor, American Waterfront, Port Discovery, Lost River Delta, Arabian Coast, Mysterious Island, dan Mermaid Lagoon.. tapi nak habiskan semua attractions yang ada memang tak terhabis terutama pada mereka yang datang bersama anak-anak kecil dan datang pada hari sabtu dan ahad yang sememangnya ramai orang.. dengan kata lain macam kitaorang la..

Setelah membuat perbandingan antara Disneyland dan DisneySea, kami sependapat show DisneySea lebih menarik dan best.. tapi kalau dari segi attraction Disneyland yang paling best.. Show yang tiptop adalah "The Legend of Mythica" dan "Fantasmic".. kedua-dua show hanya sekali dalam sehari tapi memang berbaloi. Jika nak dapat kedudukan terbaik kena lah tunggu paling lewat pun 1jam sebelum show.. 


"A Table is Waiting" show..



Show yang ditunggu-tunggu.. kali ni kitaorang tunggu lebih awal.. tempat duduk kitaorang ok jugak la.. 
"The Legend of Mythica" show




Perjalanan diteruskan lagi.. kali kita main la plak asik tengok show je kan.. Mysterious Island..  di sini hanya ada dua tarikan iaitu "Journey to the Center of the Earth" dan "20 000 Leagues Under the Sea".. di antara keduanya hanya satu yang sesuai untuk kitaorang iaitu "20 000 Leagues Under the Sea" di mana ianya seperti submarine journey..
"20 000 Leagues Under the Sea"


Mermaid Lagoon.. yang ni permainan yang simple.. dan paling penting waktu menunggu pun tak lama..
Mermaid Lagoon..


Seterusnya ke Arabian Coast..
Arabian Coast
Sinbad's Storybook Voyage
Bergambar bersama Goofy.. menunggu selama 20 minit kalau nak bergambar dengan Mickey 50 minit.. Minnie 40 minit.. so kitaorang pilih yang paling cepat.. so pemenangnya Goofy.. tapi yang penting anak-anak suka.. Darwish dari awal beratur lagi asik melambai kat Goofy.. kepuasan bila anak-anak gembira..
Bersama Goofy..
Naik DisneySea Electric Railway..



Sebelum pulang ke hotel.. kami tengok fireworks dan last show "Fantasmic"..
Fireworks..
"Fantasmic" show..

 Jom balik hotel.. tidooooooo.. esok bermula Disneyland journey..