dianafadilla

dianafadilla
mama 3D

Monday, September 26, 2011

Fruit picking at Japan

Salam santai..

Musim summer dan autumn ni.. adalah masa untuk kita jalan-jalan petik buah. Masa ini juga banyak kebun yang dibuka untuk pelancong dan rakyat tempatan petik buah dan makan buah. Terdapat bermacam-macam buah-buahan yang manis dan lazat untuk kita nikmati..

Mama dan 3D pun tak nak lah lepaskan peluang ni sebab kitaorang memang suka sangat makan buah-buahan.. Kalau kat Jepun ni yang kitaorang paling suka adalah Japanese pears atau dengan nama glamour nye nashi.. September adalah bulan yang paling sesuai untuk kita petik buah nashi kerana pada masa ni buah nashi manis dan juicy... Kebun yang kitaorang pergi ni terletak di Imari City..


Nashi yang tengah masak ranum.. manisssssss
Baru tiba di kebun nashi.. dah tak sabar nak petik ni

Kak nia bersama bakul..

Bermula lah acara memilih nashi.. rambang mata lah

Ni la pilihan kak nia...

Darwish yang merajuk kerana semua sibuk pilih buah..

Hanya nashi buruk yang menemani diri ini..

Darwish.. meh petik buah ngan mama..

Ini darwish punye ye..

Ayah nak yang ni..

Sebahagian hasil petikan nashi..
Nashi lagi...

Gerammmmm nye..

Abang nak juga..

Mmmmmm yum yummm..

Sementara menunggu van..

Sekeluarga di kebun nashi..

Mana van ni.. amik gambar lagi lah

On the way nak ke kebun anggur plak..

Singgah sekejap amik gambar dengan padi plak..
 Lepas dah bayar nashi yang dipetik.. harga nya 500yen sekilo.. kita bergerak ke Kurume City plak.. anggurrrrrrr....


Ini lah antara anggur nye..

Abang anish yang nak petik dulu..

Kak nia dah bersedia bersama guntingnye

Kak nia plak.. dukung ayah jangan tak dukung..

Nak pilih kena la belek2 dulu kertas bungkusan nye..

Giliran mama plak..

Ni mama punye..

Awish nak jugak mama..

Yang itu mama..

Sabar kak nia.. jangan makan dulu

Awish nak jugak..

Bila giliran abang plak..

Mama dulu ye..

Awish plak.. mmmm yum yum

Lagi-lagi kak nia..

Yeaaa.. baru abang dapat.. mmmmm

Apsal plak cium anggur ni..

Peace..

Nak rasa..

Sambil menunggu anggur yang dipetik ditimbang..

Di depan kebun anggur..
Sekian lah acara memetik buah.. kalau boleh nak datang lagi.. anggur yang dipetik tu memang manis sangat.. harga sekilo adalah 900yen..

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011

6th Raya

Sempena hari raya yang ke enam.. kami membuat lawatan ke bahagian hujung barat Jepun untuk melihat pemandangan kuju-ku-shima (kuju-ku bermaksud 99 dan shima bermaksud pulau).

Pemandangannya sungguh indah dan unik dapat dilihat dengan menaiki kapal yang berlayar mengeliling pulau-pulau berkenaan.. terdapat dua pilihan kapal besar.. yang pasti nya abang anish pilih Pirate Ship. Pilihan lainnya adalah Pearl Queen... selain itu terdapat juga kapal-kapal kecil dan kepada yang berminat untuk berkayak pun ada.. pilih jangan tak pilih.. 

Jika tak berminat nak belayar sebab mabuk laut ke.. di sini terdapat juga Kujukushima Aquarium yang mempunyai hidupan laut dan model-model kapal antarabangsa..


Pearl Queen

Ni la Pirate Ship...
 Sementara menunggu waktu Pirate Ship berlayar ni.. kak nia dan abang anish mengisi masa yang terluang dengan mengejar burung-burung merpati dan bergambar.. Pirate ship ni cuma berlayar 3 kali sehari 11.30am, 1.30pm dan 2.30pm manakala Pearl Queen lebih banyak waktu pelayarannya...

Kejar abang anish.. jangan tak kejar..

Kak nia bersama bot yang tersadai di tepi Kujukushima Aquarium..

Abang anish plak..

Cak Awish....
Makan potato fries..


Berangan jadi kapten kapal..

Abang anish bersama harta karun..

Kak nia nak berangan jugak jadi kapten..
Meriam pun ada.. kaboomm

Hati-hati mengemudi kapal..

Mama.. saya dah besar dah boleh jalan sendiri.. huaaa

Kapal pun saya dah boleh bawak..

Pirate of Pearl Sea..
Peace no war..

Wowww harta karun lagi..


Booommmmm

Alahai tok janggut..

Kami bukan lanun..

Malu-malu plak awek ni..

Bye bye Pirate Ship.. bestttttttttt..

Selesai pelayaran mengeliling 99 pulau.. tempoh pelayaran lebih kurang 50minit.. seterusnya kami bergerak mencari point tinjauan plak...
Salah satu pusat tinjauan.. tapi kena panjat bukit dalam 300m
Gambate ne..

Pemandangan yang dapat dilihat dari pusat tinjauan

Hollywood movie 'The Last Samurai' shooting spot





Pusat tinjauan lain plak..


Sebelum berangkat pulang.. singgah di Shin Saikai Bridge
 Babai....