dianafadilla

dianafadilla
mama 3D

Sunday, September 4, 2011

Aidilfitri 2011

1st day raye

Salam aidilfitri buat mak dan ayah tercinta di Panching Utara, Kuantan.. mak dan ayah mertua tersayang di Chenor.. salam kerinduan yang tidak terhingga buat sanak saudara di Kuantan.. Kuala Lumpur.. Kedah.. di mana sahaja berada.. buat kawan-kawan dan kenalan.... ku pohon ampun dan maaf di atas segala silap dan salah.. semuga ikatan persaudaraan atau persahabatan kita terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. aminnnnnn....

Sambutan hari raya kali ini terasa sungguh kesunyiannya kerna tiada saudara mara atau sahabat handai yang berkunjung atau dapat kami ziarahi... ohhhh rindu sungguh pada tanah air... terasa raye tahun depan nak pergi melawat setiap rumah kenalan di Malaysia.. mmm mampu ke...

Seawal 5am mama dah bangun untuk kukus pulut kuning sebab dah berniat nak bawak ke solat hari raya .. kami bertolak dari rumah dalam 7am.. anak2 pun mengantuk sangat sebab malam tadi tidur lewat walaupun puas mama suruh tidur.. Darwish pun mandi sambil pejam mata.. lepas pakai baju terus sambung tidur.. solat raya pun bukan kat masjid cuma di sebuah bilik kelas berhampiran Universiti Nagasaki.. jamaah pun cuma 50 orang.. namun alhamdulillah dapat juga bersolat hari raya di perantauan..

Kakak Nia dan Abang Anish sungguh bersemangat nak solat raya.. Darwish dah tak tahan ngantuk..

Selamat hari raya semua......


Alhamdulillah selepas selesai solat raya.. mula lah acara makan-makan dan beramah mesra antara jamaah.. ramai dikalangan jamaah ini berasal daripada Egypt dan Indonesia.. dan beberapa orang yang berasal dari Bangladesh.. dan kami lah satu-satu nya keluarga daripada Malaysia.. Sebelum pulang kami akhiri dengan sesi photografi.. 
Makan time.. alhamdulillah walaupun sederhana...

Abang anish yang sungguh gembira.. berazam puasa penuh tahun depan..

Kak nia pun gembira sangat..

Ayah dan Abang anish bersama rakan dari Indonesia..
Ayah bersama teman-teman..

Darwish bersama juadah raya antarabangsa..

Jamaah wanita..


Darwish pun dah pandai posing cam Kak nia..

Jamaah lelaki...
Kak nia suka sungguh bergambar..


Setelah meninggal perkarangan solat raya.. kami bergerak ke taman di Dejima Wharf untuk sesi fotografi sekeluarga..
Hari raya semua orang gembira...

Gambar lagi..



Membelakangkan Dejima Wharf

3 beradik berhari raya..
Aksi abang anish..
Pengikut setia abang anish..


Sebelah malam raya plak.. kitaorang meriahkan dengan bermain bunga api..
Dam dam dum bunyi mercun bunga api ...

Abang anish tunjukkan bakat bermain bunga api..

Kak nia pun hebat juga..

Darwish lagi hebat..


Ayah pun nak main juga..
Sekian lah perjalanan hari raya pertama kami.. selamat hari raya semua...


No comments:

Post a Comment